Wednesday, August 22, 2012

Somalia merayakan kematian PM Somalia-Meles Zenawi melalui pelbagai festival



 Pelbagai festival diadakan di seluruh daerah dan wilayah Somalia untuk merayakan kematian Perdana Menteri Ethiopia, Meles Zenawi.

Warga Somalia saling memberikan berita antara satu sama lain mengenai kematianMeles Zenawi, seorang diktator yang keras dan melancarkan kempen ketenteraan kejam yang melakukan pembunuhan di seluruh Somalia.

Sebuah siaran khusus dalam perayaan kematian Zenawi ditayangkan oleh radio Andalus yang mempunyai pusat siaran di bandar Marka, Kismayo, Ceelbuur, Buulaburte, Jowhar dan Baardheere. Wartawan dari radio Islam telah melaporkan bahawa kegembiraan terlihat setelah berita kematian dan mereka mula bersujud dan bersyukur kepada Allah.

Sejak Meles Zenawi mengambil alih kuasa pada 1991 (ia menjawat jawatan sebagai presiden selama empat tahun, lalu menjadi Perdana Menteri-red), ia telah menyebabkan kematian ribuan orang Somalia, ia menggunakan kelaparan sebagai alat perang untuk membunuh ratusan ribu warga Somalia di wilayah Ogaden selama tempoh kekeringan, ia mencipta beratus-ratus kumpulan bersenjata Somalia yang menyebabkan perpecahan di antara rakyat Somalia dan dengan demikian ia memberikan sumbangan untuk kematian ratusan ribu orang Somalia yang meninggal dalam perang saudara.

Pasukan Kristian Habsyah telah dua kali melintasi sempadan Somalia dan menceroboh Somalia. Pada tahun 1996 beribu-ribu tentera Kristian Ethiopia menyerang Somalia dan menggulingkan mahkahmah syariah yang merupakan pemerintahan Islam berjaya yang telah membawa keamanan di Somalia Selatan. Pasukan kafir Ethiopia dikalahkan dan ditendang keluar oleh Mujahidin Somalia, namun mereka telah menyebabkan kematian ribuan orang awam Somalia.

Kini, sekali lagi mereka masuk ke wilayah Somalia untuk menyokong kerajaan lemah pimpinan Sharif Ahmed. Habsyah selalu campur tangan dalam politik Somalia sehingga merosakkan negara dan kematian Perdana Menteri Habsyah disambut dengan gembira oleh rakyat Somalia.



Sumber : Arrahmah

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook