Thursday, August 23, 2012

Anak Ghaddafi bakal dibicarakan pada bulan September di Zintan, Libya




Saif Gaddafi bakal di bawa ke muka pengadilan pada bulan September di bandar Zintan di mana perbicaraan ini telah diadakan sejak November lepas, jurucakap pendakwaan memberitahu AFP pada hari Khamis.

"Satu jawatankuasa dari pejabat pendakwa am telah selesai penyiasatan jenayah yang dilakukan oleh Seif al-Islam dari permulaan revolusi pada 15 Februari (2011) dan telah menyediakan kertas pertuduhan," kata jurucakap Taha Nasser Baara.

Beliau berkata kertas pertuduhan akan "diluluskan oleh Ketua pendakwa pada hari-hari akan datang ."

Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague telah mengeluarkan waran bagi penangkapan atas tuduhan jenayah terhadap manusia semasa konflik penggulingan bapanya tahun lalu tetapi pihak berkuasa baru Libya telah menegaskan bahawa dia akan dibicarakan di tanah airnya sendiri.

Anak Ghaddafi telah ditangkap tahun lepas oleh tentera dari bandar gunung barat Zintan.


Sumber : Alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook