Tuesday, August 21, 2012
Rejim Basyar Assad guna taktik baru
Helikopter rejim Syria menjatuhkan pamplet ataupun sekeping kertas dalam jumlah yang begitu banyak di utara wilayah Halab yang mendesak masyarakat Syria agar tidak bersama-sama dengan mujahidin dan mendesak agar mujahidin menyerah diri.
Menurut sumber, pamplet tersebut disebarkan melalui udara bermula hari Sabtu (18/8/2012) yang lalu dan dianggap oleh masyarakat Syria sebagai tindakan lucu dan terdesak daripada pihak rejim.
Pamplet tersebut menulis "Pemegang kertas ini dibolehkan untuk menyeberangi pos pemeriksaan pasukan keamanan untuk menyerah diri dan akan diperlakukan dengan baik".
Kertas yang lainnya pula yang berwarna pink dan putih mendesak mujahidin untuk menyerah diri dan memperingatkan bahawa mereka hanya memiliki satu kesempatan yang terakhir.
Respon seorang anggota Tentera Pembebasan Syria berkenaan kertas tersebut menyebut "Basyar sangka rakyat Syria bodoh sepertinya. Kami tidak akan sama sekali percaya dengan tindakan terdesak dan bodoh ini"
Perjuangan kami sehingga Basyar tumbang atau sehingga kami menemui syahid.
sumber asal : Rakyat Malaysia bersama revolusi Syria
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment