Saturday, August 11, 2012

Regim Basyar menggunakan semua jenis senjata yang berat untuk menyekat kebangkitan rakyat.



Regim Basyar tidak teragak-agak untuk menggunakan semua jenis senjata yang berat untuk menyekat kebangkitan rakyat. Selepas mereka gagal untuk melancarkan serangan dari darat ke beberapa kawasan kerana pembelotan berterusan berturut-turut di kalangan angkatan, pihak regim mula menggunakan pelancar roket, kereta kebal, dan pesawat udara untuk membedil dari jarak jauh kawasan yang dikepung.

Pelancar roket telah digunakan secara menyeluruh. Minggu ini sahaja, sejenis bom baru yang agak pelik telah digunakan oleh mereka. Bom tersebut mempunyai beberapa kebolehan pemusnah yang amat besar. Menurut saksi, bom ini bersaiz tong minyak dan mempunyai berat kira-kira 500 kilogram, panjang setiap bom adalah lebih daripada 2 meter.

Ia telah digugurkan oleh pesawat udara regim ke atas tempat yang disasarkan dan menyebabkan beberapa kemusnahan yang sangat besar berlaku. Selepas bom tersebut gugur, ia akan menyebabkan lubang yang dalam dan gegaran keseluruhan kawasan di sepanjang lingkungan sasaran.

Buat pertama kalinya minggu ini pasukan regim menggunakan bom tersebut untuk mensasarkan Talbiseh di pinggir wilayah Homs yang mana pesawat regim telah menggugurkan 2 bom di salah satu daerah di Talbiseh. Ia membawa kepada kemusnahan sebanyak 6 buah rumah dalam sekelip mata.

Sumber :Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook