Friday, August 17, 2012
PBB secara rasminya menghentikan pasukan pemerhatinya di Syria
Menurut laporan, PBB secara rasminya menghentikan pasukan pemerhatinya di Syria setelah misi mereka tidak berjaya dan langsung tidak memberi kesan kepada regim Basyar.
Manakala keanggotaan Syria telah digantung di dalam OIC yang telah bersidang di Mekah kelmarin.
Sementara itu, serangan demi serangan ganas tentera regim berlanjutan di bandar A'zazz, Idlib, Dair Zour, pinggir Dimasyq dan beberapa wilayah lain sehingga semalam sahaja mengorbankan lebih 300 nyawa. Kini, masih ramai mangsa tertimbus dalam runtuhan-runtuhan bangunan yang musnah akibat diserang.
Walaubagaimanapun, kini semakin ramai pegawai-pegawai atasan regim telah mengisytiharkan untuk keluar daripada regim Basyar dan menyokong kebangkitan rakyat.
Ini memberi isyarat kepada bahawa sedang berlaku perpecahan besar-besaran di dalam pemerintahan regim.
Sumber : Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment