Friday, August 17, 2012

Hamburg bandar pertama di Jerman yang mengakui perayaan umat Islam

Masjid Imam Ali di Hamburg

Hamburg telah menjadi bandar pertama di Jerman yang mengakui perayaan umat Islam, ia merupakan satu langkah yang bertujuan untuk menggalakkan integrasi dari agama minoriti yang sering difitnah oleh kumpulan sayap kanan.

Pekerja dan pelajar yang beragama Islam dibenarkan bercuti untuk merayakan hari-hari perayaan Islam dan juga kelas-kelas pengajian Islam akan dibenarkan di sekolah negeri, kerajaan dan persatuan Islam setelah rundingan yang dilakukan semenjak lima tahun lalu.

"Kami berharap pengenalan kelas agama Islam di utara bandar Hamburg akan menjadi isyarat bagi lima belas negeri lain yang ada di Jerman," kata Daniel Abdin dari dewan komuniti Islam Hamburg. "Perjanjian ini merupakan langkah penting menuju pengiktirafan Islam di negara ini."

Perjanjian ini akan mula bermula tahun depan,ia merupakan negara pertama yang mempunyai ciri-ciri negara Jerman yang mempunyai kira-kira 4 juta Muslim, sekitar setengah dari mereka memiliki kewarganegaraan Jerman.

Jumlah populasi Jerman sebanyak 82 juta orang di mana toleransi agama dan etnik adalah masalah sensitif.

Anggota parlimen konservatif Volker Kauder, sekutu dekat dari Canselor Angela Merkel, mengatakan awal tahun ini bahawa Islam bukan sebahagian dari tradisi dan identiti Jerman.

Sebuah mahkamah di Cologne melarang sunat pada anak laki-laki pada bulan Julai, mencetuskan kritikan dari komuniti Muslim dan Yahudi.

Kelompok Muslim di Hamburg, mewakili 150.000 Muslim, mengatakan kesepakatan itu tanda bersejarah penerimaan komuniti mereka di Jerman.

"Masyarakat Islam yang berada di sini menganggap Hamburg sebagai rumah mereka," kata Zekeriya Altug, dari Institut Agama Islam Turki Hamburg.


Sumber : Ahram, Presstv

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook