Saturday, August 4, 2012

AS mengutuk Assad sebagai 'pengecut'






Amerika Syarikat pada  Rabu lalu mengecam Presiden Syria Bashar al-Assad sebagai "pengecut" dan "hina" kerana menyeru tenteranya untuk terus menindas rakyat Syria.

"Terus terang saya katakan bahawa lelaki yang bersembunyi dari penglihatan dan terus mendesak tenteranya dalam melakukan penyembelihan terhadap orang awam di negaranya sendiri adalah seorang yang pengecut," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Patrick Ventrell.

"Kami fikir ia adalah suatu perkara yang keji ketika mana seorang ketua negara mendesak angkatan tenteranya untuk meneruskan pembunuhan dan pertumpahan darah ini," kata Ventrell, membalas  ucapan  Assad yang disiarkan oleh agensi berita SANA rasmi Syria.

Pada Rabu lalu, Assad berkata bahawa tentera Syria telah terlibat dalam pertempuran yang penting di mana nasib bangsa dan negara terletak padanya dalam memperingati ulang tahun ke-67 tentera.

Damsyik tidak mengiktiraf pemberontakan popular yang meletus pada Mac 2011,yang menggambarkan aktivis pembangkang dan pemberontak Tentera Bebas Syria  (FSA) sebagai "kumpulan pengganas bersenjata" yang dibiayai oleh kuasa-kuasa asing dan dihantar untuk menimbulkan huru-hara.

"Sementara itu, video yang menunjukkan pemberontak membunuh penyokong Presiden Assad di Aleppo membuktikan bahawa kedua-dua pihak dalam konflik ini melanggar hak asasi manusia," Timbalan Menteri Luar Rusia, Gennady Gatilov berkata pada hari Rabu.

"Pembunuhan dahsyat secara beramai-ramai ke atas penyokong kerajaan oleh pembangkang mengesahkan pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di kedua-dua belah pihak," kata Gatilov di Twitter.

"Sangat berguna jika ahli-ahli politik Barat dan Arab melihat keadaan di Syria dari sudut ini juga.Semua orang perlu menghentikan keganasan,"katanya.

Sumber : Alarabiya



0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook