Saturday, July 28, 2012

Iran berterusan menyatakan sokongan kepada Basyar Al-Asad




Iran berterusan menyatakan sokongan kepada Basyar Al-Asad "walau apa pun terjadi" dan menolak sebarang perbincangan berkaitan pengunduran Basyar.

Televisyen Iran menyiarkan kenyataan Muhammad Redha Rahimi, Naib Presiden Iran bahawa sokongan Tehran kepada Syria dan Iran "tidak akan menerima sebarang perubahan" kepada tampuk pemerintahan Syria. Menurut Rahimi, "Rakyat Iran mempunyai pendirian tidak akan menerima perubahan (di Syria) dan selama-lamanya akan bersama-sama mereka (pemerintah Syria)."

Sementara itu, Sa'id Jalili, Setiausaha Majlis Keselamatan Kebangsaan Iran pula berkata, Tehran bersedia menyokong Damsyik "lebih dari sebelum ini dalam berhadapan tekanan kuasa asing".

Sumber : Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook