Menteri dalam negeri Arab Saudi telah membuat larangan menjual rokok kepada golongan usia kurang dari 18 tahun dan memerintahkan pihak berkuasa di seluruh kerajaan untuk mengambil prosedur yang diperlukan terhadap mana-mana pelanggaran.
Putera Ahmad Bin Abdul Aziz juga melarang merokok premis kerajaan dan daerah komersil yang tertutup, termasuk restoran dan kafe, berikutan kesan negatif rokok terhadap kesihatan masyarakat.
"Kerana kita adalah negara Islam, sangat penting bagi kita menjadi contoh berbudi luhur untuk negara-negara lain dalam menghormati Syariah, yang menyeru untuk memelihara aset masyarakat dan kesihatan masyarakat," kata Putera Ahmed dalam satu kenyataan
Walaupun populasinya relatif kecil dari 25 juta orang, Arab Saudi termasuk pengguna terbesar rokok di dunia, menurut laporan agensi berita yang berpusat di Saudi Arab.
Kerana tingginya orang yang merokok, Kerajaan pada beberapa tahun terakhir melancarkan beberapa kempen melawan merokok. Misalnya kota suci Makkah dan Madinah tidak mengizinkan orang merokok.
Kerajaan Saudi juga mengajukan tuntutan terhadap syarikat rokok yang besar dengan meminta mereka membayar bayaran perubatan dari pesakit yang menderita penyakit yang berkaitan dengan merokok, Arab News melaporkan
0 comments:
Post a Comment