Tuesday, July 17, 2012

Alexandria- Pangsapuri 11 Tingkat Runtuh



Sebuah menara pangsapuri yang sedang dibina di kota Alexandria, Mesir, runtuh dan mengorbankan hampir sebelas orang.

Laporan Jabatan Kesihatan Mesir pada Ahad lalu mengatakan pasukan evakuasi mencari lima orang lagi cedera dan hingga kini masih mencari kemungkinan adanya mangsa lain di dalam runtuhan.

Pangsapuri 11 tingkat yang berada di persekitaran miskin Alexandria itu runtuh pada Sabtu 14 Julai 2012 malam. Mangsa-mangsa terbunuh dan cedera ketika itu berada di tiga bangunan yang lebih kecil berhampiran pangsapuri.

Kejadian bangunan runtuh di Mesir merupakan perkara yang luar biasa. Banyak bangunan yang berkualiti rendah tersebar luas di bandar-bandar kumuh, persekitaran miskin dan kawasan luar bandar.

Dengan kos rendah, pemaju real estate di bandar besar seperti Alexandria dan Kaherah, seringkali mencari keuntungan yang lebih besar. Bahkan kebanyakannya melanggar izin perancangan dan melebihi jumlah tingkat yang dibenarkan.



Sumber : Alarabiya , Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook