Thursday, July 5, 2012

13 Mayat Mangsa pembantaian Rejim Suria Kembali Ditemukan




Mayat-mayat korban pembunuhan di Syria kembali ditemukan. Kali ini wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencari 13 korban pembunuhan yang diduga sebagai rentetan kekejaman di Houla yang terjadi sebelumnya.

Mayat-mayat lelaki itu ditemui di sebelah utara Kota Deir al-Zour. Keadaan mereka mengerikan. Mereka dibantai, ditembak di bahagian kepala dengan tangan terikat.

"Semua tangan mayat terikat di belakang dan beberaoa kecederaan di kepala ditemukan akibat ditembak dari belakang di bahagian kepala," kata Ketua Misi PBB, Jeneral Robert Mood di al-Sukar, timur Kota Deir al-Zour, Syria.

Dia meminta semua pihak yang terlibat dalam konflik Syria untuk menghentikan segala bentuk keganasan terhadap orang awam. Sekurang-kurangnya, sebanyak 108 orang ditemui mati di Houla. Dianggarkan 15,000 orang telah tewas di Syria sejak revolusi menentang rejim Presiden Bashar al-Assad pada Mac tahun lalu.

Beberapa negara telah memprotes pembunuhan ini. Beberapa negara telah mengusir dilpomat Syria. Pada Selasa 29 Mei 2012,dilaporkan kerajaan Amerika Syarikat, Perancis, Inggeris, Jerman, Itali, Sepanyol, Kanada dan Australia telah mengumumkan pengusiran diplomat Syria.

Pemimpin Syria menolak tuduhan pembunuhan ini. Mereka balik menuding pembunuhan dilakukan oleh pemberontak untuk menggagalkan proses perdamaian dan memancing campur tangan kekuatan Barat.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook