Wednesday, May 9, 2012

Mursyi Janji Laksanakan Syariah Islam Jika Terpilih Menjadi Presiden Mesir



Calon presiden Mesir dari Ikhwanul Muslimin, Muhammad Mursyi pada hari Isnin lalu mengumumkan niatnya untuk melaksanakan undang-undang Islam di Mesir jika ia terpilih menjadi Presiden Mesir seterusnya.

Mursyi menyatakan bahawa penguatkuasaan Syariat Islam merupakan satu-satunya cara di mana rakyat Mesir akan mungkin "memulihkan martabat mereka." Mursyi meneruskan dengan menekankan bahawa Undang-undang Islam juga mewakili cara terbaik untuk menjamin hak-hak minoriti kelompok Kristian Mesir.

Bercakap di bandar Delta Nil Kafr El-Sheikh, Mursyi juga membahas projek Al-Nahda Ikhwan. Dalam konteks projek, yang bertujuan mencapai kebangkitan nasional Mesir setelah 30 tahun era otokrasi Mubarak, Mursyi mengatakan: "Kami akan bekerja seperti askar untuk mengembangkan sektor pertanian, kesihatan dan pendidikan."

Mursyi saat ini bersaing dengan calon lain yang merupakan bekas Ikhwan, Abdul Munim Abul Futuh untuk merebut suara pengundi Islam. Seminggu terakhir beberapa parti Islam utama dan gerakan Islam memberikan sokongan untuk Abul-Futuh, termasuk parti Islam moderat Al-Wasat, amaaa Al-Islamiyah, kumpulan Dakwah Salafi Alexandria dan parti salafi An-Nur.

Beberapa parti-parti dan gerakan Islam juga mengeluarkan seruan untuk melaksanakan syariah Islam di Mesir.

Sumber : Ahram

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook