Tuesday, May 8, 2012

Dua Saudara Muslim Perancis Diserang



Dua orang tua dari komuniti Muslim diserang pada Jumaat-malam Sabtu lalu di Amiens Perancis. Dua penyerang mengaku dari kelompok sayap kanan, di mana hal tersebut diketahui pada hari Ahad oleh Dewan Daerah Islam di Picardy dan wilayah Somme.

Mangsa dua lelaki berusia 70 dan 71 tahun, diserang sekitar pukul lima pagi semasa mereka dalam perjalanan ke masjid di North Amiens untuk menunaikan solat subuh. Mereka dilaporkan diserang oleh dua orang berambut sangat pendek dan mengaku berasal dari ekstrim kanan.

Nyawa mereka tidak dalam keadaan yang bahaya,tetapi mereka mengakui terpaksa ke hospital di Amiens kerana menghadapi kecederaan terutama di kaki dan tulang rusuk, menurut Dewan Daerah. Suspek telah melarikan diri selepas kejadian.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook