Saturday, May 12, 2012

Dunia Islam Kecam Sokongan Obama Terhadap Pernikahan Sejenis




Sokongan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk perkahwinan sesama jenis telah mencetuskan kritikan dari Amerika sendiri dan dunia Islam,dan mengatakan amalan tersebut bertentangan dengan ajaran semua agama.

"Sebagai Muslim, kami menentang perkahwinan gay," kata Dr Syed Haque, Presiden Dewan Muslim Frederick County, pada Jumaat lepas (11/5).

Dunia Islam bimbang dengan kontroversi Obama tersebut.

"Perkara ini tidak boleh diterima, kerana bertentangan dengan agama, tradisi dan melawan perintah Allah," kata Shady Azer, seorang jurutera di Kaherah, menyatakan kepada CBC, Jumaat kelmarin.

"Allah menciptakan Adam dan Hawa. Dia tidak mencipta dua Adam atau dua Hawa."

Reaksi keras juga datang dari umat Islam Malaysia, yang menyatakan bahawa pernikahan gay adalah masalah di Amerika.

Namun, mereka menegaskan penolakan mereka untuk campur tangan AS di negara-negara lain berkaitan pernikahan sejenis tersebut di negara-negara Muslim.

"Kami ingin hubungan baik dengan Amerika, tapi Amerika tidak boleh mencampuri polisi negara lain tentang masalah ini," kata Ibrahim Ali, ahli bebas parlimen Malaysia dan pemimpin kumpulan hak Muslim Melayu.

"Mereka boleh mempraktikkan hal tersebut di Amerika jika mereka menginginkannya, kerana itu hak mereka, tapi kami masih sangat prihatin, kerana apa-apa yang Amerika praktikkan, sering negara lain ingin mengikutinya."

Pada dasarnya, hubungan sesama jenis dan perkahwinan sejenis haram dalam Islam, Kristian dan semua agama lain.


Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook