Friday, May 11, 2012

Al-Azhar Mesir Tolak Rancangan Iran Mengeluarkan Filem tentang Nabi Muhammad SAW




Al-Azhar Mesir menolak dan menyatakan kebimbangan mereka terhadap niat Iran untuk menghasilkan sebuah filem yang menggambarkan nabi Muhammad SAW dan menceritakan kisah hidupnya.

Semua para ulama Al-Azhar dan masyarakat Sunni menolak langkah itu dan menuntut Iran melarang pertunjukan filem tersebut.

Seorang pengarah Iran telah mengumumkan niatnya untuk menghasilkan filem yang berjudul "Muhammad, SAW." Filem ini menceritakan kehidupan Nabi Muhammad sejak lahir dan permulaan  misinya, serta beberapa peristiwa yang berlaku sebelum kelahirannya.

Menurut surat khabar Al-Ahram, Hassan asy-Syafii, seorang pegawai kanan Al-Azhar, memberi amaran kesan atas karya filem seperti itu. Dia mencatatkan bahawa para ulama Syiah di Iran perlu berdiri tegas menentang filem tersebut, yang menurutnya tiada beza dari kartun-kartun sindiran terhadap Nabi Muhammad yang diterbitkan di Denmark pada tahun 2005.

Syafii mengatakan Akademi Pengajian Islam Al-Azhar, yang di dalamnya termasuk ulama senior Sunni, telah mengeluarkan fatwa yang melarang penggambaran nabi serta sepuluh sahabat yang dijanjikan masuk syurga dalam karya-karya artistik. Beliau menekankan bahawa Islam tidak menolak karya seni, tetapi melarang personifikasi para Nabi untuk kesucian istimewa mereka.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook