Friday, January 27, 2012

Pilihan Raya Majlis Syura Mesir Bermula 29 Januari

Proses pengundian dalam pilihan raya parlimen di Mesir

Suruhanjaya Pilihan raya Mesir (SEC) telah mengumumkan bahawa peringkat pertama pengundian untuk Majlis Syura akan diadakan pada 29/30 Jauari. Menurut kenyataan SEC, jumlah bilangan ahli Majlis Syura akan dikekalkan pada 270 di mana 180 akan dipilih secara langsung, manakala 90 lagi akan dilantik oleh ketua negara bagi tempoh enam tahun.

Keahlian Majlis Syura yang dipilih akan diperbaharui setiap tiga tahun, kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa separuh kerusi majlis perlu diisi oleh calon buruh dan petani.

Bagi sistem pilihan raya yang diguna pakai, 120 ahli majlis akan dipilih melalui sistem senarai parti, manakala 60 ahli akan dipilih berdasarkan calon individu di 30 daerah pilihan raya di seluruh negara.

Pilihan Raya Majlis Syura akan diadakan dua peringkat, pertama pada 29/30 Januari dan yang kedua pada 14/15 Februari.

Sumber : Al-Ahram

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook