Saturday, December 24, 2011

PARTI ISLAM MENANG 65 PERATUS UNDI DALAM PUSINGAN KEDUA PILIHAN RAYA PARLIMEN MESIR


Parti-parti Islam utama di Mesir telah memenangi 65 peratus undi dalam pusingan kedua pilihan raya parlimen Mesir selepas pengulingan Hosni Mubarak.

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdel Moez Ibrahim, telah mengumumkan keputusan undian pusingan kedua bagi sembilan wilayah dengan hampir tujuh juta pengundi yang keluar membuang undi.

Keputusan undian telah disediakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya untuk pusingan kedua pilihan raya yang telah bermula sejak 14 Disember lalu.

Berikut adalah keputusan undian pilihan raya parlimen Mesir:

1) Parti Kebebasan dan Keadilan = 36.5 peratus undian (4,058,498 undi daripada 11,173,818 undian)

2) Parti al-Nour = 28.78 peratus undian (3,216,430 undian)

3) Parti al-Wafd = 9.6 peratus undian

4) Egyptian Bloc = 7 peratus undian.


Pusingan ketiga pilihan raya akan bermula pada 3 Januari tahun depan, diikuti dengan tiga lagi pusingan pengundian untuk Senat.


DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Sumber diolah: Al-Arabiya News

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook