Sunday, December 25, 2011

HINA NABI MUHAMMAD SAW: MAGHRIBI HARAMKAN MAJALAH PERANCIS




MOROCCO - Pihak berkuasa Maghribi mengharamkan majalah "L'Express" selepas majalah mingguan Perancis tersebut yang diterbitkan dalam bentuk edisi istimewa terhadap dunia Arab, terdapat lukisan Nabi Muhammad SAW.

Pihak pengurusan majalah tersebut menjelaskan dalam laman web, pegawai berkuasa merampas majalah tersebut walaupun majalah itu tidak melukis wajah Nabi Muhammad SAW secara jelas.

Christohe Barbier mengumumkan di dalam laman web majalah bahawa L'Express membantah keras tindakan tersebut dengan menzahirkan kebimbangan beliau terhadap Maghribi. Manakala dunia Arab menjadi saksi kebangkitan semula pelanggaran demokrasi kebebasan akhbar.

Olahan sumber: Al Basheer

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook