Tuesday, November 22, 2011

Mesir:Pertembungan Di Tahrir Cetus Kebimbangan Pilihanraya Mesir



Pasukan keselamatan Mesir telah melakukan serbuan yang terbaru ke atas penunjuk perasaan tegar di Medan Tahrir selepas lebih 48jam keganasan berlaku di tengah-tengah ibu kota Mesir itu bagi menuntut pihak tentera untuk menyerahkan kuasa pemerintahan negara tersebut.

Medan Tahrir dihujani dengan gas pemedih mata pagi tadi apabila pihak keselamatan melepaskan gas tersebut ke atas penunjuk perasaan yang melontarkan ketulan-ketulan konkrit pada pasukan mereka.

Keganasan yang berlaku merupakan antara yang terburuk selepas penggulingan Husni Mubarak pada Februari lalu.Pertempuran yang berterusan ini telah meningkatkan lagi kebimbangan terhadap pilihanraya yang bakal dijalankan tidak lama lagi. Kementerian Kesihatan melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang telah terbunuh dan 1500 yang lain cedera dalam pertempuran tersebut.

Ekoran daripada huru-hara yang berterusan,beberapa calon parti politik telah menangguhkan kempen pilihanraya mereka yang turut melahirkan rasa kebimbangan sama ada proses pengundian akan berjalan lancar atau sebaliknya.

Pertempuran turut berlaku di bandar-bandar utama yang lain iaitu Alexandria dan Suez.Penunjuk perasaan bertempur sengit dengan pihak polis di jalan-jalan sekitar Alexandria apabila mereka membaling batu kepada pihak polis kemudian dibalas dengan gas pemedih mata bagi menyuraikan orang ramai yang berkumpul.

DISEDIAKAN OLEH JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Sumber: Al-Jazeera




0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook