Tuesday, November 22, 2011

Mesir:Keadaan Mesir Paksa Kabinet Umum Letak Jawatan


TAHRIR - Rentetan daripada pertempuran yang berterusan, Perdana Menteri Essam Sharaf telah menawarkan peletakan jawatan kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera ekoran daripada pertempuran yang telah memasuki hari ke-3 di Medan Tahrir, Kaherah.

Jurucakap Kabinet Mesir memaklumkan urusan kerajaan akan berjalan seperti biasa sehingga peletakan jawatan tersebut disahkan.

Pertempuran yang berlaku merupakan pertempuran yang terburuk selepas penggulingan Husni Mubarak dari tampuk pemerintahan negara. Majlis Tentera Negara telah meminta seluruh rakyat Mesir supaya bertenang dan mengarahkan Kementerian Keadilan Negara untuk menyiasat keadaan yang berlaku.

Dalam satu kenyataan melaporkan, Kerajaan telah menjemput semua kuasa-kuasa politik dan kebangsaan untuk berbincang dan mengkaji punca-punca kemerosotan krisis Negara dan cara-cara menyelesaikannya secepat mungkin.

Terbaru, Kementerian Kesihatan Mesir memaklumkan seramai 33 orang telah terkorban dan 1500 orang cedera dalam pertempuran yang berlaku dan keadaan terus mencetuskan kebimbangan terhadap pilihanraya yang bakal berlangsung pada akhir bulan ini.

DISEDIAKAN OLEH JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Sumber diolah: Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook