Letupan saluran gas menandakan bermulanya proses pengundian pilihan raya Mesir
Saluran gas Mesir yang dihantar ke Jordan dan Israel meletup hari ini di Al-Arish, Sinai. Kejadian berlaku beberapa jam sebelum waktu pengundian pilihan raya parlimen bermula. Letupan berlaku pada saluran paip sebelah barat Al-Arish di Sinai. Menurut saksi kejadian, terdapat letupan berturut-turut berlaku kira-kira 100 meter jauhnya.
Agensi berita MENA melaporkan bahawa letupan itu berada di kawasan Al-Sabeel. Pasukan keselamatan dan trak bomba segera dikejarkan ke tempat kejadian.
Serangan tersebut merupakan serangan kali ke-9 untuk tahun ini. Dikatakan letupan tersebut merupakan mercu tanda bermulanya proses pengundian pilihan raya yang berlangsung pada hari ini (28/11/11 - Isnin)
Perjanjian mengenai gas antara Mesir dan Israel sudah menjangkau selama 20 tahun di mana ia ditanda-tangani pada era Mubarak dan perjanjian tersebut kurang diketahui umum. Perjanjian ini mendapat kritikan oleh bebrapa pihak dan turut mengatakan bahawa Israel tidak membayar nilai gas tersebut dengan secukupnya.
Menurut kerajaan, ia akan meningkatkan tindakan keselamatan di kawasan tersebut dengan memasang alat-alat penggera dan rondaan keselamatan.
Sumber : Alarabiya
0 comments:
Post a Comment