Monday, November 7, 2011

500 Maut Dalam Banjir Di Thailand



Kerajaan Thailand mengesahkan bahawa hampir 500 orang maut dalam banjir yang melanda Thailand dan memberi memberi kesan kepada 3 juta rakyat Thailand. Dalam satu laporan kerajaan menyatakan bahawa angka kematian hampir 506 orang diseluruh negara.

Banjir yang melanda Thailand ini merupakan antara terburuk sejak beberapa dekad yang lalu. Ia berpunca daripada hujan angin monsun yang berlaku sejak 3 bulan yang lalu serta memusnahkan kawasan utara dan tengah negara Thailand.

Di Bangkok, sebuah bandar yang mempunyai 12 juta orang penduduk menjadi mangsa banjir lumpur dan banjir tersebut turut membahayakan penduduk bandar termasuk 5 bandar yang lain apabila ia turut bercampur dangn sisa toksik industri dan bangkai haiwan.

Pihak berkuasa kini cuba mengalirkan air banjir tersebut dari utara ke timur dan barat Bangkok, namun ia membangkitkan kemarahan sesetengan penduduk di pinggir bandar. Sehingga kini, Gavenor Bangkok-Sukhumbhand Paribatra telah mengarahkan 11 daerah daripada 50 daerah di Bangkok agar dipindahkan, walaubagaimanapun, perpindahan tersebut tidak wajib kepada semua penduduk di daerah tersebut. Berikutan daripada itu, kebanyakan penduduk tempatan masih menetap di tempat tersebut bangi melindungi rumah-rumah dan perniagaan mereka.

Menuturut Renate Vuuren World Vision, sebuah organisasi kemanusian,kawasan di pinggir bandar agak sukar menerima bantuan disebabkan masalah pengangkutan dan akses.



Sumber : Islamtoday

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook