Friday, October 21, 2011

JIBRIL: PELURU TEMBUS KEPALA GHADAFY


SIRTE - Kenyataan Perdana Menteri Mahmoud jibril, berdasarkan bukti forensik pada Jumaat (20/10), berkata bahawa Kolonel Muammar Ghadafy yang telah digulingkan meninggal dunia selepas beliau ditangkap akibat peluru menembusi kepalanya semasa pertempuran antara pejuang NTC dan penyokong setia Ghadafy.

Jibril berkata dalam sidang akhbar bahawa Ghadafy telah ditangkap ketika berada di dalam paip kumbahan dan tidak menunjukkan apa-apa penentangan, manakala beliau tidak mengalami mana-mana kecederaan ketika dimasukkan ke dalam trak kecuali tangan kanannya yang cedara akibat ditembak.

Tambah Jibril, trak itu bergerak ketika berlakunya pertempuran antara pihak gerila NTC dan penyokong Ghadafy, pada ketika itu peluru menembusi kepala beliau.

Pegawai di dalam majlis Peralihan Negara melaporkan lebih awal Khamis bahawa Ghadafy telah dibunuh apabila peperangan meletus antara penyokong beliau dengan pejuang kerajaan. Beliau tidak mengeluarkan perintah untuk membunuh Ghadafy.

Ghadafy telah memonopoli kerajan negara itu selama 42 tahun. Lahir pada 7 Jun 1942 di Sirte dan dibunuh pada 20 Oktober 2011 di Sirte.

Pegawai NTC melaporkan pada sidang akhbar di Tripoli: Proklamasi pembebasan akan dikeluarkan mengenai Libya di bandar Benghazi pada hari Sabtu bermula selepas proses pembentukan kerajaan baru dan peralihan kepada negara demokrasi.

Lagi gambar Ghadafy


Sumber disunting: Al-Basheer, Mufakkirah Islam

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook