Saturday, September 3, 2011

NYPD GUNA KEKERASAN MELAMPAU TERHADAP UMAT ISLAM SEPANJANG AIDILFITRI


New York, 3 Sept: Press TV melaporkan, polis New York (NYPD) menggunakan
kekerasan melampau terhadap umat islam yang menyambut suasana Aidilfitri.

Kumpulan hak asasi kebebasan muslim AS menuduh kerajaan menggunakan kekerasan yang berlebihan dalam tindakan mereka terhadap muslim di taman hiburan Rye Playland.

Kekerasan berlaku ketika seorang wanita muslim berjilbab ditolak permohonan untuk memasukkan kenderaannya di Westcheester Country Park.

Pelanggan muslim lain berkata, mereka telah berdebat dengan pegawai taman berkaitan sekatan dan larangan memasuki kenderaan ke dalam taman hiburan itu dengan penutup kepala.

"Pegawai taman mula memukul wajah saya, dan saya katakan kepada mereka supaya terus menangkap saya selama mereka meninju saya. Saya tidak melarikan jika ditangkap sekalipun," kata Karim Meawad.

Seramai 15 orang ditahan, sebahagian besar dari mereka dituduh dengan tuduhan berkelakuan tidak sopan.

Pegawai taman menegaskan bahawa diwajibkan kepada setiap pengunjung yang membawa kenderaan untuk tidak menutup kepala, bermakna hatta topi besbol pun tidak dibenarkan.

Kejadian itu berlaku sehari selepas acara yang dianjurkan oleh Persatuan Islam Amerika di New York, yang berjaya menarik 3000 muslim dari Brooklyn, Queens, Bronx dan Westchester Country.

Dasar tanpa penutup kepala digubal setelah 3 kematian terjadi di taman antara tahun 2004 hingga 2007. Namun umat islam percaya mereka menjadi mangsa diskriminasi ketika pegawai taman mengatakan pakaian tidak memainkan peranan dalam 3 kematian di taman tema ini.

Olahan sumber: Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook