Saturday, September 3, 2011

DOKTOR KEMANUSIAAN DARI MALAYSIA MATI DIBUNUH PASUKAN KESATUAN AFRIKA DI SOMALIA


Mogadishu, 3 Sept: Press TV melaporkan, seorang doktor Malaysia maut dalam serangan yang dibuat oleh pasukan tentera kesatuan Afrika (AU) di selatan Mogadishu.

Saksi melaporkan Jumaat semalam, tentera AU melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang membawa 5 doktor dan wartawan dari Malaysia di lapangan terbang antarabangsa ibukota Somalia, laporan wartawan Press TV di Mogadishu.

Dalam kejadian tersebut, 5 warga Malaysia yang lain mengalami kecederaan serius.Tentera AU berkata, mereka yakin bahawa rakyat Malaysia adalah 'pengganas' dan telah mensasarkan kenderaan yang "salah."

Doktor-doktor Malaysia baru tiba di Somalia dalam misi untuk memberikan rawatan perubatan kepada rakyat Somalia.

Kemarau telah mengakibatkan lebih 11.8 juta orang di seluruh Somalia, Kenya dan Ethiopia mengalami kebuluran. Somalia menjadi negara yang paling teruk mengalami kemarau dan kebuluran di negara tanduk Afrika itu sepanjang tempoh 60 tahun.

Menurut PBB, 1/4 dari 9.9 juta rakyat Somalia kini samada pelarian atau dalaman akan tinggal di luar negara sebagai pelarian.

Sumber olahan: Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook