Sunday, August 28, 2011

UNIT PASUKAN KHAS DIKERAH MEMBURU GHADAFI


27 Ogos: Pemberontak Libya mengerahkan Unit Pasukan Khas untuk memburu Muammar
Ghadafi yang hilang, sementara pengikutnya kini diserang di medan peperangan di ibu kota Tripoli.

Komandan pemberontak, Kolonel Hisyam Buhagiar, mengatakan mereka menumpukan di
beberapa daerah untuk mencari Ghadafi: "Kami menghantar pasukan khas setiap hari untuk memburu Ghadafi. Kami memiliki pasukan penyiasatan dan pasukan lain yang memburunya."

Wartawan Reuters melaporkan, pengikut setia Ghadafi masih ada di beberapa daerah di ibu kota, sebahagian daripada mereka mengibarkan bendera pemberontak berbanding bendera hijau era pemerintahan Ghadafi.

Mengikut penduduk setempat, desiran pesawat-pesawat tempur NATO dapat didengari
melalui Tripoli pada malam hari.

Solat jumaat kelmarin, sebagai bukti penguasaan pemberontak dengan kehadiran
jemaah solat yang ramai di ibu kota Tripoli.

Pada permulaan pemberontakan beberapa bulan lalu, pasukan keamanan Ghadafi melihat ibadah solat jumaat sebagai punca berlakunya aksi protes dan ahli jemaah ditembak ketika keluar dari masjid.

Sumber diolah: Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook