Friday, August 26, 2011

SAIF EL-ISLAM GHADAFY DITAHAN!


Benghazi, 22 Ogos: Putera pemimpin Libya Muammar Ghadafy, Saif El-Islam, ditahan, laporan pejabat peguam Mahkamah Jenayah Internasional (ICC).

Pegawai atasan Mahkamah Peralihan Nasional (NTC), Abdullah Almayhop, mengatakan putera sulong Ghadafy, Mohammed, menyerah diri kepada kumpulan gerila.

Mengikut pejabat berita China, Xinhua, pasukan pemberontak Libya gabungan antara Misratah, Zawiya, Suman, dan Gharyan, menguasai ibu kota Libya, Tripoli, membuat pembesihan dengan menyerang saki baki pasukan Ghadafy, tambah Abdullah lagi.

ICC melaporkan, Mahkamah Jenayah Internasional mengajukan tuntutan terhadap Saif dan Muhammed Al-Ghadafy. "Saya menerima keterangan rahsia mengatakan dia (Saif) ditangkap" kata Peguam ICC, Luis Moreno-Ocampo, kepada AFP Isnin lalu.

Sebelum itu, kenyataan pemimpin NTC, Abdel Jalil, kepada stesen TV Al-Jazeera dari Benghazi bahawa dia "mempunyai maklumat, Saif El-Islam, ditangkap. Dia kini ditahan di tempat aman dan kawalan ketat sehingga dia diserahkan kepada jabatan kehakiman," tanpa menyebut tarikh atau tempat putera Ghadafy itu ditangkap.

Sebelum peperangan meletus Februari lalu, ramai yang berpendapat Saif El-Islam adalah orang yang paling layak untuk menggantikan ayahnya, secara terbuka dia membawa visi keluaraganya. Dia menjadi duta pemerintah Ghadafy di Barat yang tampil dengan pakaian rapi, segak, dan fasih berbahasa Inggeris dalam tempoh yang lama.

Sumber diolah: Kompas.com

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook