Tuesday, June 21, 2011

REMAJA DIHUKUM PENJARA MENCEMARKAN MASJID


kanada: Jesse Coleman, 21, menanggalkan rantai berlokek salib dari lehernya dan

memberikan kepada ibunya yang sedang menangis, sebelum pemuda itu dibawa menuju penjara.

Mahkamah Kanada menjatuhkan hukuman terhadap Coleman 18 bulan penjara, ditambah dua tahun masa percubaan, atas tindakannya merosak dan mencemarkan masjid Waterloo yang menyebabkan kerugian 160.000 USD. Selama masa percubaan, Coleman diwajibkan melakukan kerja sosial selama 100 jam.

Dalam perbicaraan, Coleman mengaku bahawa dia bersama seorang remaja lain,
menghancurkan jendela masjid dan membuat gambar simbol enam segi dan angka 666
dengan menggunakan cat spray di dinding masjid milik komuniti Muslim di
Waterloo dan Wellington. Kejadian ini telah menggemparkan komuniti Muslim di
kedua kota itu. Mereka menilai perbuatan Coleman sebagai "gangguan dan berbaur
ancaman".

Coleman juga melakukan kesalahan lain, membakar sebuah rumah yang sedang diubah
suai di kawasan West Park Crescent, Waterloo, sehingga menyebabkan kerugian
harta benda berjumlah 130.000 USD.

Pendakwa Raya menuntut Coleman dikenakan hukuman dua tahun penjara atas salah
lakunya dengan perasaan kebencian perkauman dengan cara merosakkan dua masjid,
dan nota jenayah lain yang dilakukan pemuda itu. Namun hakim Gary Hearn hanya
memberikan tempoh 18 bulan penjara dengan pertimbangan Coleman masih muda,
mengidap gangguan mental, bermasaalah penagih dadah serta pengalaman masa kecil
yang buruk.

"Dia (Coleman) adalah mempunyai rekod pendidikan buruk sewaktu kecil," kata
hakim Gary Hearn.

Sumber diolah: Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook