Tuesday, June 21, 2011

Pembangkang: Presiden Syria Pembohong!

BEIRUT, 21 Jun: Ribuan rakyat Syria turun berdemonstrasi sambil meneriakkan "pembohong" terhadap Presiden Syria "Bassar Al-Assad" yang menyatakan tekadnya untuk mengadakan dialog nasional bagi mewujudkan Reformasi Politik, pada hari isnin (20 Jun).

Kemarahan rakyat itu disebabkan oleh kata-kata Bassar Al-Assad yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

Pada kekacauan yang berlaku bulan Mac yang lepas, Bassar Al-Assad telah melontarkan hal yang sama. Beliau menyalahkan para penyabot (orang yang melakukan sabotaj), dan beliau manjanjikan reformasi selepas itu. Namun beliau tidak pula menunjukkan isyarat akan mengakhiri dominasi pilitik keluarganya.

Di hadapan Universiti Damaskus, Bassar Al-Assad memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang melindungi rakyatnya apabila beliau berjanji segera melakukan Dialog Nasional bagi mewujudkan jawatankuasa bagi melakukan pindaan perlembagaan. Pindaan itu juga akan membuka jalan penubuhan pati baru selain parti Baath yang dipimpinnya.

Beliau menyatakan janji untuk segera memulakan tuntutan reformasi tersebut pada bulan september atau akhir tahun ini.

Dalam pada itu, wujud juga ancaman terhadap situasi politik dan kekacauan yang lebih teruk di Syria dengan kejatuhannya.

Bassar mengatakan bahawa ekonomi negara akan hancur dana menjadi perkara yang paling berbahaya untuk dihadapi sekiranya rusuhan tidak segera berakhir.

Beliau tidak menyalahkan rakyat yang mendokong reformasi namun menyalahkan individu-individu yang berniat mensabotaj dan mahu memisahkannya daripada pejuang reformasi sejati.

Pidato Bassar disambut dengan demontrasi di beberapa buah kota termasuk di Hama, Homs, Latakia dan Dar'aa.

Mereka tetap inginkan rejim Bassar Al-Assad turun dan jatuh sambil meneriakkan "Pembohong! Pembohong! Pembohong!

Olahan Sumber: Web Kompas

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook