Saturday, June 18, 2011

Aktivis Perancis Hadapi perbicaraan Atas Tuduhan Sokong Boikot Produk Zionis.


WASHINGTON, 18 Jun: Seorang aktivis Perancis dibicarakan di hadapan Mahkamah salah laku di Paris semalam atas tuduhan menangkap gambar dan menyiarkan video di Internet , untuk memboikot produk Zionis, di mana mahkamah mendakwa bahawa kerja ini adalah hasutan diskriminasi kaum dan keganasan.

Beliau, yang bernama Olivia Zemmour menegaskan di hadapan mahkamah bahawa penerbitan video tersebut adalah sebahagian daripada kempen untuk memerangi jenayah perang.

Beliau menyatakan bahawa terdapat ramai orang di pelbagai negara di seluruh dunia yang berkongsi dalam kempen tersebut yang membawa kepada perjuangan menentang puak Zionis, terhadap pengeksploitasian ekonomi wilayah Palestin yang diduduki secara haram sejak 1967.

Zemmour telah menyiarkan dalam laman web pada bulan Julai 2009, sebuah video yang menunjukkan pemboikotan aktivis terhadap puak Zionis semasa demonstrasi di sebuah pasar raya di selatan Paris.

Beberapa persatuan yang pro-Zionis, membuat aduan dalam kes ini, termasuk pejabat negara dengan alasan anti-semitik/ anti Yahudi.

Perlu diingatkan bahawa terdapat kira-kira 80 orang yang didakwa di Perancis kerana perbuatan serupa, termasuk aktivis dalam bidang hak asasi manusia, iaitu Stephane Hessel.

Sumber: Mufakkiratul Islam

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook