Friday, January 14, 2011

Umat Islam Tajikistan tertekan dengan pemerintah yang menutup puluhan masjid dan aktiviti keagamaan


Kerajaan Tajikistan, termasuk Presiden Emomali Rahmon, terus mengumumkan dasar sekularisme aktif mereka untuk melawan Islam.

Kerajaan telah menutup beberapa masjid, ruangan solat, dan madrasah, dan membuat proses pendaftaran rumah-rumah ibadah menjadi lebih susah. Sebuah dasar Kementerian Pendidikan juga melarang perempuan memakai tudung di sekolah umum. Beberapa organisasi keagamaan dan individu menghadapi gangguan, penahanan sementara, dan soal siasat oleh pihak berkuasa kerajaan


Menurut soaljawab Sunni News dari Tajikistan , kerajaan sekular di Tajikistan dalam masa seminggu terakhir ini melakukan penutupan terhadap puluhan masjid di ibukota (Dushanbe). Sebahagian besar masjid ini dibina pada pertengahan abad lalu, ketika bangsa Tajik berada di bawah pemerintahan Soviet.

Soal jawab Sunni News telah melaporkan bahawa selama beberapa hari terakhir ini , beberapa masjid telah ditutup di seluruh bahagian ibukota Tajik, termasuk masjid Naw Hayat dan Klinen, Akzl, Asbejk serta uol.

Imam masjid yang berani membuka kembali masjid juga akan mendapat ancaman oleh kerajaan kerana ketidakpatuhan mereka atas arahan kerajaan itu, maka mereka akan dihukum berat dan akan dituntut di mahkamah.

Para pegawai kerajaan beralasan dengan mengatakan bahawa masjid tersebut belum berdaftar oleh badan-badan kerajaan yang diberi kuasa dan ini adalah alasan untuk penutupan masjid-masjid tersebut.

Namun para jemaah masjid mengatakan bahawa mereka telah melakukan usaha besar untuk mendapatkan untuk masjid boleh berdaftar di kerajaan tetapi institusi pemerintah memberikan alasan yang menyusahkan dalam rangka untuk menutup masjid-masjid tersebut.

Mulla Davlat Merzaio, imam dan khatib dari sebuah masjid di bandar Asbejk berkata: "Saya di sini sebagai Imam masjid selama empat puluh tahun dan sekitar 200 jamaah hadir untuk melaksanakan solat berjamaah setiap hari. Masjid ini dibina atas bantuan warga masyarakat dan kami telah melakukan usaha besar untuk masjid berdaftar pada kerajaan, tapi kami gagal setiap kali berusaha mendaftarkannya.

Warga yang lain mengatakan: kerajaan tidak mendaftarkan masjid dengan sengaja tanpa alasan apapun! Dan masjid ini tidak pernah dijadikan pusat untuk kegiatan politik. Masyarakat melaksanakan solat setiap hari di dalam masjid bukan untuk yang lain.

Menurut laporan, pasukan keselamatan kerajaan di beberapa daerah juga telah melarang adanya pendidikan agama bagi lelaki muda dan tidak membenarkan pemuda untuk pergi kepada para ulama dan imam untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam.

Kerajaan Tajikistan memerintahkan ulama, termasuk tokoh ulama yang paling terkenal "Eshaan Khalil" dan "Mullah Mohammadi di bandar Hessar dari wilayah khatlan untuk menghentikan mengajarkan Islam. Dan sekarang mereka tidak dibenarkan mengajar kecuali mereka mendapat kebenaran dari instansi pemerintah yang berkuasa.

sumber

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook