Saturday, January 15, 2011
Pemerintah India Hancurkan masjid berusia lebih 200 tahun
Pihak pembangunan perumahan India telah menghancurkan sebuah masjid di sebidang tanah di ibu negara, sehingga mencetuskan pertengkaran dengan polis yang menyebabkan sekurang-kurangnya 15 pengunjuk rasa terluka.
Delhi Development Authority (DDA) meratakan Masjid Noor yang terletak di daerah Jangpura di ibukota India, New Delhi, pada hari Khamis lalu selepas mendakwa bahawa masjid, yang berdiri di sana lebih dari 200 tahun, dibina di kawasan perancangan DDA, surat khabar India Express melaporkan pada hari Sabtu ini (15 / 1).
Pembongkaran tersebut menyebabkan gelombang protes dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 orang tercedera dan kerosakan terhadap beberapa kenderaan peribadi yang ada di daerah tersebut.
Rusuhan pecah selepas polis India menembak gas pemedih mata kearah warga yang marah, banyak dari mereka membantah tuntutan pejabat DDA tentang "ketidaksahhan" dari struktur bangunan masjid tersebut, menyatakan bahawa masjid berdiri di tanah Wakaf di daerah Maharashtra New Delhi.
"Struktur bangunan masjid ini merupakan Wakaf dan telah ada selama lebih dari 200 tahun," kata Shoaib Iqbal dari Parti Janshakti Lok.
Penunjuk perasaan berjalan ke pejabat polis Hazrat Nizamuddin mengatakan boleh tidak lagi melasanakan ibadah solat mereka di masjid itu, namun polis menghadapi para penunjuk perasaan dengan kekuatan.
Pada hari Sabtu ini, Ketua Menteri Delhi Sheila Dikshit menyalahkan DDA kerana berperilaku "dengan cara yang tidak adil" dengan meratakan struktur suci masjid.
sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment