Wednesday, January 19, 2011

Masjid seperti sediakala , Azan di tv berkumandang kembali setelah jatuhnya presiden lama ,Ben Ali


Ribuan
warga Tunisia secara terbuka boleh membuat solat berjemaah di masjid-masjid selepas revolusi bersejarah yang berjaya menggulingkan bekas presiden Zine El Abidin Ben Ali dari kekuasaannya.

Laporan mengatakan tazkirah keagamaan dan solat 5 waktu diadakan di masjid-masjid dan ruang-ruang terbuka di setiap wilayah negeri itu.

Sementara itu, beberapa saluran TV Tunisia telah kembali menyiarkan Azan lima kali sehari dengan memotong program acara televisyen yang sedang berlangsung.

Ben Ali selama ini telah melaksanakan agenda anti-Islam yang ketat selama kekuasaannya atas negara Afrika Utara (Tunisia)

"Dia (Ben Ali) menentang adanya penyiaran Azan, menunda solat Jumaat di masjid selama pemerintahannya," kata laman Bahasa Arab Al-Mofakirat Al-Islam dalam laporan tentang
kebebasan beragama di Tunisia.

Dalam usaha untuk meniru negara-negara Barat, golongan Ben Ali juga melaksanakan undang-undang yang ketat terhadap pakaian Islam.

Presiden yang digulingkan itu juga sangat menentang hijab (busana Muslim) dan melaksanakan larangan terhadap setiap wanita muslimah yang berjilbab, "kata laman Al-Mofakirat Al-Islam.

Sebahagian besar penduduk negara Tunisia adalah Muslim dan patuhdengan nilai-nilai Islam.

23 tahun Ben Ali berkuasa secara diktator , kekuasaannya dirosakkan oleh pelanggaran hak asasi manusia dan penyeksaan . Akhirnya berakhir pada awal bulan ini setelah berminggu-minggu aksi protes jalanan berlangsung.
sumber

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook