Surat kabar itu mengutip seorang penasihat Ben Ali yang menyebutnya namanya "Ziad" - bahawa ada konspirasi yang timbul di dalam istana Carthage, bahkan sebelum bermulanya percikan revolusi untuk menggulingkan Ben Ali yang terguling dari kekuasaannya dan meninggalkan negara itu Jumaat pekan lalu di bawah tekanan protes rakyat.
Diungkapkan juga telah terjadi pertarungan yang kuat antara Ben Ali dan isterinya sejak September lalu, sejak seorang saudara dan anak saudara salah satu keluarga Presiden hadir di istana.
Dia menunjukkan bahawa keluarga dari presiden Ben Ali sedang menyiapkan diri untuk menggulingkan Ben Ali pada awal tahun 2013 melalui sebuah senario, dengan mengumumkan pengunduran diri Presiden kerana alasan kesihatan dan menyeru pilihanraya umum yang berpunca pada kemenangan bagi Leila, isteri Ben Ali.
Laporan media banyak menyebutkan bahawa sebenarnya yang berkuasa di Tunisia adalah Leila Trebelsi bukan Ben Ali yang menjawat sebagai presiden. Leila mempunyai pengaruh yang kuat dalam pengurusan urusan pemerintahan di Tunisia, dan anggota keluarganya - seperti yang dijelaskan - telah membuat sebuah dinasti rasuah serta memainkan peranan yang kuat selama 23 tahun Ben Ali berkuasa.
Media juga melaporkan bahawa Imad Trabelsi, adik dari Leila Trabelsi, isteri Presiden Ben Ali yang digulingkan, digambarkan sebagai simbol terbesar dari rasuah di Tunisia.
Sebelumnya dilaporkan juga bahawa Leila telah melarikan jongkong emas seberat 1.5 tan daripada bank Tunisia ke luar negeri.
sumber
0 comments:
Post a Comment