Sunday, December 19, 2010

Simposium 'Menentang Islamisasi Eropah': Ratusan Berarak Di Perancis

Gambaran Anti-Islam di Brussel


19 Disember, Paris-Ratusan telah berarak hari ini menyatakan bantahan terhadap persidangan yang telah berlansung Sabtu lalu. Persidangan yang menentang Islamisasi Eropah ini menjadikan penentangan Islamisasi Eropah sebagai dasar mereka.

Mereka berarak hasil dari seruan pertubuhan-pertubuhan mempertahankan hak asasi manusia dan pertubuhan menetang rasisme. Turut serta dalam perarakan ini dari kalangan parti-parti pembangkang untuk menyatakan bahawa golongan sekular tidak memaksa dan menentang golongan minoriti.


Para peserta mengutuk tindakan rasisme ini. mereka juga menemplak kenyataan Naib Presiden Parti Kerajaan Marine Le Pen yang menyamakan ibadah solat umat Islam di luar perkarangan masjid sebagai penjajahan Nazi di Perancis.

Marine Le Pen

Penentangan para peserta ini bertujuan memprotes tindakan penganjur simposium tersebut yang cuba melahirkan sentimen menetang agama Islam di Perancis.


Sumber diolah: Almokhtsar

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook