Saturday, November 13, 2010

Tsunami- 43 Masih Dilaporkan Hilang



Mentawai, 12 Nov- Gerakan mencari mangsa yang terkorban dalam bencana tsunami dihentikan namun jumlah mangsa dilaporkan terus meningkat. Terkini pada hari ini, seramai 13 orang mangsa yang terkorban menjadikan jumlah mangsa yang dicatatkan meningkat kepada 461 orang. Demikian dilaporkan Pegawai Kordinator Posko Tanggap Darurat Mentawai, Paulinus Sabelep kepada wartawan yang bertugas.

Mangsa-mangsa terbabit ditemui oleh warga penduduk Dusun Eruk Pasaboat seramai 10 orang dan bakinya seramai 3 orang ditemui oleh penduduk Puroaroagat. Hasil dari penemuan mayat-mayat ini, jumlah mangsa yang dilaporkan hilang menurun kepada 43 orang.


Sementara itu, jumlah mangsa cedera parah berbaki 14 orang yang sedang dirawat di Hospital Kecemasan dan Pusat Kesihatan Masyarakat Sikakap. Di penempatan sementara yang dibina, seramai 7,830 orang mangsa yang masih mendapatkan perlindungan.

Berikut merupakan jumlah mangsa bencana yang terlibat sepanjang gerakan mencari dan menyelamat selepas kejadian malang ini menimpa:

Mangsa Korban: 461 orang
Masih Hilang: 43 orang
Cedera Parah: 14 orang
Luka ringan: 13 orang
Masih Dalam Perlindungan Penempatan Sementara: 7,830 orang


Kemusnahan Kediaman:
Kerosakan Teruk: 554 unit
Kerosakan Biasa: 216 unit



Di Olah dari: Kompas

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook