Thursday, November 11, 2010

Penjaga Kunci Ka’bah Wafat, Syeikh Abdul Azizi Al-Syaibi

Syaikh Abdul Aziz Al-Syaibi ( sebelah kiri )

Syaikh abdul Aziz Al- Syaibi, 82 tahun, penjaga pintu Ka’bah telah meninggal dunia pada hari Ahad pagi ( 7 Nov ) yang lalu. Beliau dimakamkan di Perkuburan Maala setelah selesai disolatkan di Masjidil Haram.

Keluarga Al-Syaibi telah memegang posisi untuk menjaga Ka’bah sejak zaman Jahiliyah ( zaman pra-Islam). Amanah ini diwarisi oleh anggota tertua dari keluarga dan tidak diberikan dari ayah kepada anak. Ini kerana, umur merupakan landasan utama untuk mendapatkan warisan sebagai penjaga kunci Ka’bah.

Seluruh umat Islam sangat menghormati keluarga Al-Syaibi yang menjadi penjaga Ka’bah Suci itu serta kuncinya. Keluarga Syaikh Abdul Aziz mempunyai hubungan yang berhubung terus dengan Utsman bin Syaiba Abithalha yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau juga mempunyai seramai 370 anggota keluarga dan sebahagian besarnya tinggal di Mekkah.

Keluarga Al-Syaibi juga telah diberi kepercayaan untuk memegang posisi ini sejak zaman Qusay bin Kilab yang hidup sebelum zaman Nabi Muhammad S.A.W. Raja Faisal telah memberikan kunci Ka’bah kepada Syaikh Amin, saudara kepada Abdul Aziz Al-Syaibi. Syaikh Abdul Aziz Al-Syaibi telah memegang amanah ini selama 16 tahun terakhir dan keluarga beliau telah diberikan amanah untuk menjaga Ka’bah dan kuncinya selama 15 abad terakhir.

Ka’bah telah dibersihkan dua kali dalam setahun, sekali di pertengahan bulan Sya’ban dan keduanya dipertangahan bulan Dzul Qa’edah menggunakan air Zamzam yang bercampur dengan air mawar dan parfum dengan Oud.

Menurut Abdul Aziz, Ka’bah sentiasa terbuka tiga kali dalam sebulan bagi masyarakat untuk masuk dan berdoa di dalamnya. Akan tetapi, apabila jumlah umat islam yang masuk semakin meningkat, Ka’bah kembali ditutup.

Kunci Ka’bah tidah berubah dengan perubahan pintu itu. Sepanjang pemerinthan Raja Khalid, pintu telah diubah akan tetapi, kuncinya tetap tidak berubah. Pintu Ka’bah selebar 240 meter dan tingginya sepanjang 170 meter. Pintu ini diperbuat daripada emas murni. (fq/arabnews)


Sumber dari : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook