Tuesday, November 9, 2010

Merokok di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz Bakal Didenda

Gambar Hiasan

Jeddah, 8 Nov- Penguatkuasa Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abd Aziz hari ini telah melancarkan perlaksanaan hukuman bagi pesalah merokok di tempat awam. Perlaksanaan hukuman ini telah mendapat persetujuan dari Badan Penerbangan Awam ( Civil Aviation Authority ) untuk melaksanakan denda bagi perokok yang melakukan kesalahan melakukan kesalahan tersebut di tempat awam.

Sehingga semalam ( 7 Nov ) sejak dilancarkan, didapati seramai 20 orang pesalah yang telah terlibat melakukan kesalahan tersebut setelah pihak pengurusan menyediakan dua ruangan khas bagi perokok di hujung sudut dan balai menunggu lapangan terbang.

Menurut pegawai pelaksana, mekanisma yang digunakan dalam perlaksanaan undang-undang ini ialah dengan merekod butiran lengkap pesalah seperti nama, identiti pengenalan awam atau visa. Ia dilaksanakan tanpa mengira samada pesalah terbabit merupakan penumpang mahupun pengunjung lapangan terbang.

Bagi pesalah yang tidak membawa identiti pengenalan awam melainkan hanya passport pula, butiran passport akan direkod. Rekod tersebut sebagai kegunaan untuk mengenal pasti pesalah terbabit melalui visa keluar terakhir. Butiran tersebut akan digunakan apabila pesalah memasuki semula ke Saudi dan dapat di kesan untuk pembayaran denda tersebut.

Berkata Pegawai Keselamatan Lapangan Terbang yang bertanggungjawab dalam undang-undang ini, pesalah yang melanggar undang-undang akan menerima denda yang telah ditetapkan walaupun pesalah terbabit merupakan pekerja syarikat atau petugas badan lapangan terbang atau penumpang kapal terbang. Ianya tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak dalam perlaksanaanya.

Di Olah dari: Akhbar Ukkaz

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook