Tuesday, November 9, 2010

Blogger mengku tuhan ditangkap

Penduduk sebuah bandar konservatif di wilayah utara Tebing Barat terkejut ketika pasukan keselamatan menahan seorang blogger kontroversi yang postingannya di Facebook telah menimbulkan kemarahan umat Islam.

Sebuah sumber petinggi di Badan Perisikan umum Palestin mengatakan kepada MNA bahawa tahanan, yang tidak dikenalpasti namanya itu, ditangkap di Qalqiliya. Dia menolak untuk memberikan butiran khusus dan tidak akan mengenalpasti nama tahanan. Namun, MNA telah menggali sinformasi dari sumber-sumber keselamatan lain yang menyatakan bahawa orang yang mengaku "tuhan" tersebut adalah seorang mahasiswa berusia 25 tahun.

Sumber mengatakan bahawa perkhidmatan
keselamatan kuasa Palestin (PA) telah mengejar orang itu selama lebih dari dua bulan hingga mereka akhirnya berjaya menangkap dia di kafe internet di Qalqiliya saat mengemas kini profil di Facebook di mana ia mendakwa bahawa ia adalah tuhan dan ia marah kepada rakyatnya.

Umat Muslim sangat marah atas posting blogger ini, banyak dari postingnya menukar ayat-ayat dari Al-Quran, serta memaparkan karikatur Nabi Muhammad yang telah diterbitkan di surat khabar Denmark. Ratusan kumpulan di facebook telah meminta akaun orang itu untuk dihapuskan. Setelah dapat menutup groupnya di facebook, anak muda gila ini memulakan aksi sentengnya dengan sebuah blog yang bertajuk, Enlightenment of Reason.

Walaupun ia belum dikenalpasti oleh PA, penyokong blogger ini telah menunjukkan bahawa anak muda gila itu berusia 26 tahun. Dia telah mengenalpasti dirinya sebagai Walid Al-Hussaini.

Walaupun ideologi politik sekular tidak mendominasi di kawasan-kawasan Palestin yang diduduki, ekspresi pandangan anak muda ini dilihat sebagai sikap bermusuhan terhadap agama Islam yang dominan dipandang oleh banyak orang sebagai hasutan daripada kebebasan berbicara.

sumber asal : ERAMUSLIM

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook