Monday, November 1, 2010
Gunung Merapi- Kembali Meletus Hari Ini
Jawa Tengah, 1 Nov- Letusan Gunung Merapi hari ini meletus lagi selepas kejadian letusan semalam. Letusan yang berlaku sekitar jam 10 pagi waktu tempatan jelas kelihatan kepulan debu dan asap kelabu yang terkeluat dari corong mulut gunung merapi tersebut.
Melalui pemandangan yang dirakamkan dari Wilayah Selo, Kabupaten Boyolali, Jawa Tengah mendapati kepulan asap kelabu membuak keluar dan mengalir ke cerun gunung berapi tersebut.
Dicatatkan, asap tersebut mengalir sejauh 3.5 kilometer ke bawah cerun gunung berapi tersebut menyebabkan sebahagian penduduk yang pulang sebentar ke kampung halaman mereke bertempiaran lari menyelamatkan diri. Ada yang terjun ke sungai sungai dan ada pula yang memecut kenderaan masing-masing ke tempat yang lebih selamat.
Menurut seorang Pegawai yang ditempatkan di Selo, Leftenan Kolonel Soekso Wahyudi menyatakan letusan kali ini lebih besar berbanding petang semalam. Pagi ini telah berlaku dua letusan yang hanya selang 5-10 minit di antara letusan.
Sehinnga hari ini, jumlah mangsa yang terkorban dicatatkan bertambah satu kematian menjadikannya kepada 38 orang. Sementara mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara di 65 lokasi meningkat sehingga lebih 50,000 yang didaftarkan.
Gunung merapi yang terletak kira-kira 500 kilometer di tenggara Jakarta tersebut memiliki ketinggian 2,968 meter pernah mengalami letusan paloing kuat pada tahun 1930 mengakibatkan 1,370 kematian.
Di sunting dan di olah: AP, KOMPAS.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment