Sunday, October 31, 2010

Statistik Mangsa Korban Bencana Di Indonesia Meningkat


Jakarta 31 Okt 2010 – Catatan statistik mangsa korban bencana tsunami dan Gunung Merapi meningkat seramai 449 orang dan 37 orang yang dilaporkan oleh pegawai khusus dari bidang Bencana dan Bantuan Sosial, Andi Arief kepada detikcom hari ini.

Menurut beliau, sehingga jam 10 pagi (waktu Indonesia), Badan Pengkaji Bencana, Daerah Sumbar telah memperbaharui data jumlah kematian tersebut.

“Setakat ini, laporan yang dikeluarkan oleh pihak BPBD Sumbar, sebanyak 449 orang mangsa tsunami yang terkorban.” Katanya.

Sementara itu, jumlah mangsa yang hilang di Mentawai adalah seramai 96 orang, mangsa yang cedera parah pula seramai 270 orang, dan luka ringan dicatat seramai 142 orang. Jumlah keseluruhan yang dicatat setakat ini, telah mencecah seramai 14,983 orang.

Manakala laporan mangsa korban letusan Gunung Merapi itu turut mengalami peningkatan sekitar jam 9 pagi (waktu Indonesia).

“Seramai 37 orang telah meninggal dunia, mangsa korban yang terbakar pula seramai 3 orang, dan 2 orang cedera ringan serta 7 orang yang lain telah dihantar pulang.” Kata Andi

Dilaporkan juga , jumlah yang dikeluarkan setakat ini seramai 18,929 mangsa yang terkorban di Slamen, di Magelang seramai 25,354 orang, di Klaten 3,500 orang dan di Bovolali seramai 3,970 orang. Jumlah ini semakin meningkat disebabkan letusan yang berlaku semalam.


Sumber diperolehi dari : Detik.com

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook