Seorang gadis 15 tahun telah ditangkap atas dugaan menghasut kebencian agama selepas dipercayai membakar terjemah Al-Quran berbahasa Inggeris - dan kemudian mencatat rakaman video aksinya itu ke Facebook.
Remaja, dari daerah Sandwell Birmingham, merakam aksi pembakaran Al-Qurannya di sekolahnya. Polis telah mengesahkan insiden itu dan melaporkan ke sekolah dan video telah dibuang dari laman rangkaian sosial facebook
Insiden itu terjadi hanya dua setengah bulan selepas enam orang ditangkap setelah rakaman video menyiram Al-Quran dengan bahan bakar dan membakarnya di belakang sebuah pub di Tyneside.
Dipercayai gadis itu dipercayai memfilemkan aksinya sementara murid-murid lain menonton aksinya itu.
Berbicara tentang insiden terbaru di Birmingham, seorang jurubicara polis West Midlands berkata: "Seorang gadis 15 tahun ditangkap pada Jumaat 19 November lalu atas dugaan menghasut kebencian agama. Dia telah dijamin sambil menunggu penyelidikan lebih lanjut.
"Pasukan persekitaran tempatan yang memiliki hubungan yang erat antara sekolah-sekolah telah bekerja rapat dengan rakan-rakan utama dari masyarakat dan pihak berkuasa tempatan untuk menyelesaikan masalah ini secara tempatan."
Catherine Heseltine, CEO jawatankuasa Muslim urusan awam, mengatakan aksi membakar Al-Qur'an adalah salah satu tindakan yang paling menyinggung umat Muslim.
"Al-Quran adalah hal yang paling suci bagi lebih daripada satu bilion Muslim di seluruh dunia. Anda boleh melihat bagaimana cara kaum muslim melayan Al-Quran, berwuduk dahulu sebelum menyentuhnya dan di rumah-rumah Muslim anda akan menemuinya di rak paling atas di atas semua buku-buku lain, dan kami tidak akan pernah menghancurkan teks-teks Al-Quran. "
"Kami percaya bahawa Al-Quran adalah firman Allah. Allah membimbing kami dalam kehidupan ini," tambahnya. (Fq / grdn)sumber
Saturday, November 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment