Sunday, November 14, 2010

Suara Azan Untuk Pertama Kali Berkumandang di Kutub Utara

Akhirnya hari Rabu lalu secara rasmi masjid pertama di wilayah Kutub utara Kanada yang dikenali sebagai masjid diujung dunia, dirasmikan. Acara peresmian ditandai dengan solat berjemaah yang di dihadiri oleh para pegawai tempatan dan wartawan, menurut laporan dari ahli komuniti muslim tempatan Inuvic Abdullah Muhammad.

Dengan diresmikannya masjid ini, umat Islam Inuvic sudah boleh melakukan aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat.

Setelah melalui proses dan perjalanan panjang melewati daratan dan sungai di sepanjang wilayah Barat Kanada, masjid kecil berukuran 140 meter per segi yang terbuat dari bahan kayu itu akhirnya sampai di Inuvik pada bulan Ogos terakhir. Di bandar ini komuniti Muslim berkembang pesat dan jumlahnya bertambah banyak, yang membuat mereka merasa perlu memiiki sebuah masjid. Komunitas Muslim di Inuvik yang berpenduduk sekitar 4.000 jiwa itu, kebanyakan berasal dari Sudan, Lebanon dan Mesir.

Dalam acara peresmiannya - yang ditandai dengan solat jamaah pertama kali - turut hadir walikota Danny Rogers dan beberapa menteri wilayah Wilayah barat laut Kanada dan wartawan, di antaranya warga Arab, di samping 80 orang muslim yang tinggal di bandar Inuvic.

Masjid yang baru ini meliputi ruang utama solat yang di dalamnya terdapat karpet merah besar hasil sumbangan warga Teluk, juga merangkumi ruangan solat khusus untuk kaum wanita, dan juga ada dapur serta perpustakaan. Masjid ini juga dilengkapi dengan menara setinggi 10 meter.

Masyarakat muslim bandar Inuvic juga memutuskan bahawa masjid yang telah mereka bangun ini akan digunakan juga sebagai tempat aktiviti kemasyarakatan. Dalam pembukaannya Rabu lalu, pihak jawatankuasa mendirikan sebuah tenda besar di dekat masjid dan memberikan sajian teh dan kopi untuk para jemputan yang hadir dalam acara peresmian masjid.sumber

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook