Saturday, April 3, 2010
DEMONSTRASI PEMBEBASAN AL-AQSA
DAMASKUS, 27 MAC : Masyarakat Damaskus membanjiri jalan-jalan ibukota usai selepas solat Jumaat semalam,mereka bersatu padu bagi mempertahankan Masjid Al Aqsa. Demonstrasi hebat ini diikuti oleh masyarakat dari syarikat-syarikat pekerja dan lembaga-lembaga pendidikan di Suriah.
Turut serta dalam demonstrasi tersebut ialah perwakilan dari puak-puak masing yang bermukim di ibukota Damaskus. Mereka turut mempamerkan sokongan penuh terhadap perjuangan bangsa Palestin, yang kini sedang menghadapi ancaman Yahudi. Bukan hanya peninggalan Islam di kota Al Quds sahaja dirampas bahkan peninggalan milik kaum Nasrani. " Tindakan mereka itu sebagai pentas bagi mereka untuk meruntuhkan Masjid Suci Al Aqsa dan menggantikannya dengan kuil Sulaiman yang selama ini mereka dakwa adalah asas kepada penubuhan masjid suci itu.
Orang ramai yang berdemonstrasi kelihatan padat memenuhi taman kota di Damaskus, Suriah. Mereka membawa pelbagai layar dan sepanduk mengutuk Israel dan melaungkan bahawa kota Al Quds sebagai ibukota abadi bagi negara Palestin.
Muhammad Nazal, anggota Biro Politik Hamas dalam wawancaranya mengatakan, " Sasaran daripada demonstrasi ini disamping dapat mengerahkan masyarakat, ia juga satu tindakan bagi menyampaikan mesej kepada KTT Arab yang akan diadakan pada hari Sabtu (26/3) di kota Serte, Libia. Masyarakat menuntut agar KTT Arab di Serte mempamerkan sikap yang jelas terhadap Zionis yang semakin berani merampas tempat-tempat suci milik umat Islam dan Nasrani di Al Quds.
Tambah Nazal lagi, demonstrasi ini juga sebagai usaha penolakan mereka terhadap tindakan yang cuba dilakukan oleh Benyamin Nentanyahu, Perdana Menteri Israel terhadap pemimpin-pemimpin negara bagi meraih sokongan terhadap mereka. Masyarakat Suriah dengan tegas menolak segala tindakan Netanyahu yang cuba mempengaruhi mereka dan menyokong pemboikotan usaha memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel samaada melalui politik,budaya atau pun ekonomi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment