Friday, April 2, 2010

ARAB SAUDI kutuk keangkuhan Israel

RIYADH 24 MAC - Arab Saudi hari ini mengutuk " keangkuhan dan kedegilan" Israel dan menganggap seluruh proses damai kini diragui berikutan keengganan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menghentikan pembinaan penempatan haram Yahudi di timur Baitulmaqdis.

Seorang pegawai Saudi dalam kenyataan kepada agensi berita SPA berkata, Riyadh telah meminta maklumat lanjut daripada Kuartert Asia Barat mengenai pendirian terbaru Israel berhubung kawasan penempatan tersebut.

"Kerajaan Saudi menantikan penjelasan daripada Kuartet mengenai dasar Israel yang memperlihatkan keangkuhan dan kedegilan mereka dengan mengingkari kehendak masyarakat antarabangsa," kata pegawai yang tidak dikenali itu.

Netanyahu menyifatkan tuntutan supaya kegiatan pembinaan perumahan Yahudi di timur Baitulmaqdis dibekukan adalah tidak munasabah memandangkan ia merupakan syarat Palestin untuk menyambung semula rundingan damai.

Beliau mempertahankan hak Israel untuk membina rumah di kawasan majoriti Arab di bahagian timur Baitulmaqdis.

" Baitulmaqdis bukan kawasan penempatan Yahudi tetapi merupakan ibu negara kami," kata Netanyahu dalam ucapan kepada pertubuhan pelobi pro-Israel, AIPAC di Washington, kelmarin.

Pegawai Saudi itu berkata,kenyataan Netanyahu itu menimbulkan keraguan mengenai seluruh proses damai dan kesungguhan usaha masyarakat antarabangsa untuk menyambung semula rundingan.

" Kenyataan tersebut terang-terangan menandakan rampasan hak-hak penduduk Palestin, Arab dan Islam di Baitulmaqdis tanpa menghiraukan hak Palestin serta usaha intensif masyarakat antarabangsa untuk melancarkan proses damai," katanya.

Israel menawan timur Baitulmaqdis semasa perang Asia Barat 1967 dan sejurus selepas itu menjadikannya sebagai sebahagian wilayahnya dalam tindakan yang tidak diiktiraf oleh masyarakat dunia.

Rakyat Palestin mahu menjadikan timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka suatu hari nanti.

Kuartet Asia Barat yang terdiri daripada Amerika Syarikat (AS), Rusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) bermesyuarat di Moscow pada Jumaat lalu bagi menggesa Israel membekukan aktiviti pembinaan di kawasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin. - AP

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook