Wednesday, March 31, 2010

Syria bersedia jika Israel lancar perang

Khamis, 25-3-2010, BEIRUT - Presiden Syria, Bashar Al-Assad berkata, Damsyik sudah bersiap sedia jika Israel melancarkan perang berikutan ketegangan di rantau itu yang terus memuncak. "Kami berhadapan dengan musuh yang sehingga hari ini ia tidak memahami apa-apa kecuali melalui tindakan ketenteraan dan jelas bahawa keamanan di wilayah ini tidak akan wujud," kata Bashar dalam temuramah dalam bahasa Arab bersama televisyen Al-Manar milik Hezbollah, semalam. Kenyataan itu dibuat ketika meningkatnya ketegangan di rantau berkenaan berikutan ancaman Israel ke atas pejuang parti Syiah Hezbollah yang mendapat sokongan dari Syria dan Iran. Kata Bashar, perhatian kini apa yang beliau disifatkan sebagai sebuah 'negeri tanpa perang dan tanpa perdamaian,' akan mengetuai gerakan sama ada melancarkan peperangan atau berdamai. "Adakah kami boleh berharap dengan kerajaan Israel? Tidak! Tetapi kami percaya yang Israel tidak ada pilihan lain kecuali perdamaian," katanya. "Tetapi bila perang dilakukan ke atas kamu, kamu membayar perang itu tanpa menghiraukan keseimbangan kuasa," tegasnya. Pada 2008, Turki secara tidak langsung telah menjadi perantara dalam perbincangan damai tidak resmi antara Israel dan Syria yang berakhir dengan kegagalan apabila Israel melancarkan serangan ketenteraan dan menghancurkan Gaza. Pada Disember 2009, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman yang menolak mentah-mentah perbincangan dengan Syria melalui perantaraan Turki, tiba-tiba meminta untuk mengadakan perbincangan terus di Damsyik dan Baitulmaqdis. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan awal bulan ini berkata, Israel telah mula menunjukkan minat untuk menerima Turki sebagai perantara bagi menghidupkan semula perbincangan perdamaian.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_04.htm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook