Wednesday, March 31, 2010

Ribut pasir melanda China

Isnin, 22-3-2010, BEIJING - Ribut pasir melanda sebahagian besar China hari ini, memaksa penduduk memakai penutup muka dan kain bagi melindungi diri daripada batu halus yang berbahaya. Ini adalah isyarat awal kesan daripada pembentukan gurun - akibat kemusnahan rumput, pemusnahan hutan, kepesatan perbandaran dan kemarau menyebabkan kawasan di utara dan barat negara ini menjadi seumpama gurun yang luas. Peralihan pasir beransur-ansur menuju ke kawasan kediaman penduduk dan menjadi lebih buruk apabila ribut pasir 'menyerang' bandar-bandar terutama ketika musim bunga. Angin yang bertiup dari bahagian barat laut membawa pasir dari wilayah Xinjiang dan Ningxia serta wilayah Gansu dan Inner Mongolia menuju ke bahagian utara China. Pasir dan debu itu juga dibawa sehingga ke bahagian selatan China. Siaran berita tengah hari melalui televisyen tempatan merakamkan bandar pelancongan Hangzhou di pinggir pantai bahagian timur yang memiliki jambatan indah dan pagoda di pinggir air dilitupi debu pasir dan pencemaran lain. Di Taiwan, yang terletak 160 kilometer dari tanah besar China, pemandu-pemandu mengadu kenderaan mereka dilitupi debu hitam dalam tempoh yang singkat tidak sampai 10 minit. Stesen Meteorologi Pusat menasihati penduduk supaya menutup pintu dan tingkap serta melindungi muka mereka dengan penutup muka atau kain apabila keluar rumah. Peralatan mesin dan elektronik sensitif pula perlu ditutup, kata stesen itu dalam amarannya yang disiarkan melalui laman Webnya hari ini. Televisyen Pusat China memberitahu penonton supaya mencuci hidung mereka dengan air bercampur garam dan membersihkan telinga mereka daripada debu menggunakan kain kapas yang dicelup ke dalam alkohol. Kejadian ribut pasir itu merupakan yang kedua melanda Beijing dalam tempoh tiga hari. Beijing pernah dilanda ribut pasir terburuk pada 2006, apabila kira-kira 300,000 tan pasir terdampar di ibu negara China ini.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_06.htm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook