Wednesday, March 31, 2010

Joseph Estrada nafi anti-Islam

Ahad, 21-3-2010, MANILA - Bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada hari ini tidak mengendahkan fatwa yang dikeluarkan tokoh Islam, yang melabelkan beliau sebagai musuh Islam dan memberi amaran kepada kumpulan pejuang pemisah mengenai 'perang habis-habisan' sekiranya beliau memenangi pilihan raya negara ini. Estrada yakin fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi Ulama Bangsamoro yang dianggotai sarjana dan ulama Islam di selatan Filipina, tidak akan mendapat sokongan daripada lima juta penduduk Islam di wilayah tersebut. Beliau juga memberi amaran kepada Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang mempunyai 12,000 anggota dan memperjuangkan kuasa autonomi sejak 1978, agar meletakkan senjata atau berhadapan dengan risiko ditumpaskan pihak tentera di bawah arahannya, sekiranya beliau kembali menjadi Presiden dalam pilihan raya Mei ini. "Saya adalah rakan Islam dan menghormati Islam. Bagaimanapun saya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pertubuhan yang melanggar undang-undang, tanpa mengira agama," kata Estrada ketika ditemui di Manila selepas mengadakan kempen hujung minggu di Mindanao. Sementara itu, seorang pengurus kempen beliau, Gerardo Limlingan, 68, cedera di tangan dan kaki hari ini apabila ditembak apabila lelaki bersenjata yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arahnya. Polis menyatakan serangan itu bermotifkan politik. Tidak lama selepas menang besar dan menjadi Presiden pada 1998, bekas bintang filem aksi ini melancarkan serangan tentera besar-besaran ke atas MILF dan mengusir kumpulan pemisah ini dari pangkalan utama mereka di Mindanao. MILF mendakwa Estrada meraikan kejayaan itu dengan memanggang babi dan menyediakan minuman keras kepada penyokongnya yang berkhemah berdekatan sebuah masjid yang musnah. Kumpulan pemisah itu hari ini, bagaimanapun menjarakkan diri daripada majlis ulama yang mengeluarkan fatwa berkenaan dan menyatakan bahawa ia bukan dikeluarkan oleh kepimpinan MILF. Namun ia mengakui Estrada adalah 'antara Presiden yang paling tidak menyukai Islam.'

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook