Wednesday, March 31, 2010

Filipina dilanda gempa

Khamis, 25-3-2010, MANILA 25 - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan Manila hari ini, menyebabkan bangunan di ibu negara Filipina ini bergoyang dan pekerja pejabat lari bertempiaran dalam keadaan panik. Tiada kecederaan dilaporkan dan amaran tsunami juga tidak dikeluarkan. Bangunan di Manila bergoyang selama kira-kira 30 saat. Pengarah institut seismologi, Renato Solidum, berkata, gempa tersebut berpusat di perairan Pulau Lubang di wilayah Mindoro Occidental, kira-kira 130 kilometer di barat daya Manila pada kedalaman 10 kilometer dari dasar laut. Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) meletakkan kekuatan gempa bumi pada 6.1 skala Richter dengan kedalaman 33 kilometer. Filina terletak di atas Lingkaran Api Pasifik yang mana gempa bumi adalah fenomena biasa. Kedudukan yang dihimpit Lautan Pasifik di sebelah timur dan Laut China Selatan di sebelah barat dengan rekahan dasar laut, berpotensi mencetuskan gempa bumi di kedua-dua belah negara ini. Gempa besar terakhir berukuran 7.7 pada skala Richter berlaku pada 1990 meragut hampir 2,000 nyawa di Pulau Luzon, utara Filipina. Pada 1994, gegaran sekuat 7.1 pada skala Richter berpunca dari gelinciran plat mencetuskan tsunami yang membunuh 78 nyawa di Mindoro.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_07.htm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook