Saturday, October 25, 2014

Mesir Isytihar Darurat di Sinai

Mesir telah mengisytiharkan darurat di utara dan tengah Semenanjung Sinai selepas serangan bom kereta berani mati sehingga menyebabkan 30 orang askar terbunuh.


Proses pengisytihan Darurat ini bermula pada hari Sabtu pada jam 3.00 petang waktu Mesir dan dijangka berlanjutan sepanjang tiga bulan," kata Presiden Abdel Fattah el-Sisi dalam satu kenyataannya di media Mesir.

Tempoh berkabung selama tiga hari telah diisytiharkan di seluruh kawasan, manakala perintah berkurung telah ditetapkan bermula pada 07.00 malam sehingga 07.00 pagi di kawasan yang diliputi oleh kawasan perisytiharan darurat, menurut media tempatan.

Kejadian bermula apabila serangan berlaku di sebuah pos pemeriksaan tentera di Karm al-Qawadeis, barat daya Sheikh Zuweid di Sinai.

Menurut sumber, kumpulan yang diserang adalah dikalangan prajurit sedang berehat di dalam khemah-khemah mereka. Media kerajaan melaporkan bahawa 28 orang lain cedera, dan beberapa di antaranya berada dalam keadaan kritikal.

Tiga lagi anggota keselamatan Mesir terbunuh dalam serangan yang berasingan di pusat pemeriksaan berdekatan al-Arish. Namun maklumat yang diperolehi dijelas sama ada orang yang mati adalah tentera atau polis.

Media tempatan berkata presiden juga memerintahkan mesyuarat Majlis pertahanan negara kerajaan Mesir diadakan berikutan letupan yang berlaku.

Majlis itu terdiri daripada Perdana Menteri, ketua parlimen, menteri pertahanan dan panglima angkatan bersenjata Mesir dan dipengerusikan oleh presiden.

Dalam temu bual dengan Al Jazeera, Peter Bechtold, bekas pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat, berkata kemarahan baru di rantau ini tercetus berikutan penyingkiran dan pemenjaraan Dr Muhammad Morsi.

Serangan itu adalah salah satu tindakan yang digunakan untuk menunjukkan kepada kerajaan kudeta As-Sisi sejak bulan Julai tahun lalu selepas mana Dr Morsi digulingkan dari jawatan presiden.

Ratusan anggota tentera dan polis telah terbunuh dalam serangan sejak tahun lalu.

Sumber : Al-Jazeera

Pesanan :

Kita PMRAM menasihati kepada seluruh warga Malaysia yang berada di bumi Mesir ini agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika berada di luar premis masing-masing. Diminta untuk mengikuti pekeliling yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook